BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 5, 2011

Nak g kursus...

huhu...g kursus akhirnya setelah masuk bulan Mei...mak ai, lama bebeno tu Jabatan xbuat kursus (ada sbnrnya, cuma nama sy je yg xnaik...)

esok kami FO2 di Negeri Johor ni akan berkursus di Pusat Latihan JHEOA Kluang...hu...akhirnya daerah Kluang terpilih gak utk penempatan kursus, biasa buat kt hotel2 or resort, tp kali ni buat kt Pusat Latihan je...jadi la tu, jimat...

kursus apa? hmm...nama kursus ni...Kursus Juruacara Berkebolehan dan Berketrampilan 2011...eh, apasal asyik nak kena g kursus emcee je ni? kan dah biasa buat emcee...tu la pertanyaan yg kuar dr dlm minda sy bila dpt surat arahan berkursus ni. rupa2nya kali ni buat kelainan sikit, maklum la, kata penganjur (Jabatan la tu), kami ni kalau bab tugasan juruacara majlis2 rasmi mmg xdinafikan boleh buat, ada yg sampai ke tahap juruacara diraja lg kan...tp kali ni kursus xformal...maknanya kami akan diberikan kursus utk jadi juruacara majlis2 xformal spt cth program sukan, karaoke, ala2 dj la tu kot...yg xmemerlukan kami menggunakan skrip...

hmm...pd sy tang ni mmg paling payah sy nak buat...sbbnya sy ni seorg yg pemalu dan xpandai nak mengatur kata secara spontan...kalau bercakap pun kadang berterabur ayat, lg la nak emcee spontan camni...adus...camne ni? ikut pengalaman masa jadi emcee program Mari Berjumpa Mari Berhubung YAB PM Dgn. Rakan2 Online Johor last month...mmg masa tu gabra sgt la, sbbnya sy xtau pun majlis tu xformal. siap sediakan teks lagi, sekali staf pej. PM mention yg PM xnak formal, nak acara santai je, mula la sy menggelabah, xtau apa nak buat, camne nak bina ayat, smpt sms hubby lg kata xleh nak buat, n ada rasa nak tarik diri lg masa tu, tp memikirkan nama baik jabatan sy gagahkan juga buat...mula2 tu mmg rasa kaku nak berinteraksi dgn peserta, nak2 bila kita berdiri dpn lebih kurang 300 org dgn mike stand tanpa rostrum, sume org boleh nmpk kalau kita menggigil...tp slow2 sy mula, banyakkan interaksi dgn peserta, bersembang dgn diorg, n akhirnya setelah PM sampai, sy dah dpt kekuatan dan keberanian utk teruskan tugas...n xsangka lak rupanya dlm ramai2 audiens yg dtg tu ada gak Pengarah kami...mmg sy xperasan lgsg sbb crowded sgt dlm dewan tu...sy tau pun sbb kwn kt HQ cite, Pengarah puji sy berani ke depan masa majlis dgn PM...

dan esok...sy kena g kursus tu lak...aduhai...klu dpn org kita xkenal xkisah la, ni dpn kwn2 seangkatan yg mmg sume hebat2 belaka...bakal down la sy nnt...huhu...

0 comments: