BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

Khusyuknya anak2 ibu ni...


sempat gak la ibu snap gmbr kt atas ni...kekhusyukan anak2 ibu tgk tv, cite favourite diorg kt chanel 613 astro tu...diorg klu dah ngadap tv, xde can la ibu ngan ayah nak tgk tv...banyak dah cite favourite ibu miss...hmm...nasib la...kena psg lg dekoder ni nmpknya yah...

Hmm...sedapnya...

Sate...hmm...mg la mknn favourite Adam n Eisya, termasuk la ibu ngan ayahnya sekali...
bila mkn sate, Eisya mesti nak pegang sendiri sate tu...so ayah kena la patahkan yg tajam kt hujung lidi tu supaya xtercucuk masa Eisya makan...
tgk la gelagat Eisya masa mkn sate ni...

berdiri pgg sate, gmbr x bape clear, tp kira ok la dpt snap gmbr dia tnpa diganggu...


ni nak duduk lak. dah penat kot berdiri...

siap muncungkan mulut lg...

akhirnya dpt gak amik gmbr dia betul2 tgh gigit sate tu...bab ni yg paling payah nak amik sbb pergerakan dia cpt...baik la ayah cpt snap...
actually sume gmbr ni diambil sebelum nak g umah Pak Teh. Pak Teh buat kenduri potong jambul baby Amanda...tp at last xdpt g gak walaupun dah smpi betul2 kt Kg. Tengah...sori la ye Pak Teh...

Aksi Eisya...

Anak dara ibu yg sorg ni perangai kekadang dah macam laki lak...minatnya kt sume jenis mainan abangnya...tp xpe la, kira leh gak budak 2 org ni share mainan ek...xde la ibu nak beli mainan je kejenya...kali ni xtau la sape yg ajar dia naik kt atas lori mainan abg dia tu...

ni dia tgh pegang lori tu...sambil cr posisi yg baik utk naik atas lori tu...abaikan la ye org kt belakang tu...


ok...memula kena la pegang dulu tgn tu kt sofa..utk stabilkan badan la maknanya tu...mcm biasa, abaikan org kt belakang tu ye...yg nmpk tgn sasa tu...huhu...

ha...berjaya gak...ni kira dah stabil la posisi dia duduk kt atas tu...mcm2 la anak ibu sorg ni...pas ni dia nak gerakkan lori tu lak...kira mcm menunggang lori la tu...

jauh gak la kiranya dia tunggang lori tu...ibu je yg takut dia jatuh tergolek. tp dah namanya eisya...mana ada takut apa2 pun...
sume gmbr ni cuma dpt amik posisi belakang je sbb eisya xleh nmpk ibu pegang kamera, sure dia nak punya...so layankan je la gmbr ni...

Friday, November 20, 2009

Promote ni...

actually ibu ni mmg suka baca novel...at least sebulan 2 novel nak baca...dah lama ibu cr novel ni...tp disebabkan xde masa nak g kedai buku lmbt sikit la nak dapatkan novel baru utk dibaca...hr tu balik tumpang Pak Teh (adik ibu) , minta Pak Teh hntr ibu g kedai buku jap sbb nak beli...at last dpt gak novel ni walaupun sebenarnya novel ni dah kuar dari bulan 3 hr tu...

ha...ni la novelnya...mmg best sgt...xrugi beli...ibu leh ketawa sorg2 bila baca novel ni tau...bukan ketawa je, bila tiba part sedih...apa lg...so...meh la kita sama2 baca...

Thursday, November 19, 2009

Adam dan pen...

Anak ibu yg sorg ni mmg pantang jumpa pen or pensel...mmg dia punya la tu...masa memula blaja pegang pen / pensel / pensel warna ni...yg jd mangsa dinding umah atuk la...smpi geleng kepala Pak Tam tgk dinding tetiba ada 'hasil karya' yg comot...huhu...bukan umah atuk je, umah kitorg pun ada gak 'hasil karya' si Adam ni...hmmm...biasa la, budak nak membesar...ayah n ibu biarkan je la...

gmbr2 ni masa kt umah atuk...Adam kan tinggal ngan atuk masa ibu g keje..skrg ni dah x conteng dinding dah. dia dah tau kegunaan kertas. ni dia la suruh ibu amik gmbr dia tgh conteng kertas tu...


klu nak tau, bila ibu tanya Adam dia lukis apa, automatik dia kata dia lukis "Ultraman Gaia"...hmm...ye ke tu? satu je ibu pelik...mana la dia pernah tgk Ultraman...mana lak dia tau psl Ultraman Gaia ni? setahu ibu kartun fav. dia Bob The Builder, Mickey Mouse ClubHouse, Word Worl, Little Einstein, Dibo Teh Gift Dragon, Thomas And Friends...etc...Ultraman xde dlm list...confuse...

layankan je la aks2 Adam tgh conteng kt kertas tu...sampai terbaring2 cr ilham nak lukis apa...tp mcm biasa la, bila ibu amik gmbr dia, jarang la dpt tgk dia fokus kt kamera, pemalu kot...huhu...

ha...ni la hasilnya...sebelah belakang kertas pun ada, cuma ibu xsnap je...ada ke rupa Ultraman Gaia? hmm...apa2 la Adam...

Wednesday, November 18, 2009

Hakikat Bahagia...

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Tebenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah satu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu satu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Monday, November 16, 2009

Wanita...

Pengorbanan seorang ibu...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuannya.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gumamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang tidur lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek oleh rakan-rakannya.
"Mereka kata saya cacat, "katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun, tanpa cuping telinga si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,"kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usia lewat 20-an, si anak menjawat jawatan yang tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,"kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin,"kata ayahnya.
"Perjanjian antara ayah dengan si penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba"
"Bila?"tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku,"balas si ayah sambil mengangguk-angguk.
Keadaan terus menjadi kekal rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut si ibu yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,"si ayah berbisik di telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ayah dan Ibu...

Ayah dan Ibu...
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan Ibulah mesti dihormati
Ayah dan Ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat...

Warisan...

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun aku rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan...

Wednesday, November 11, 2009

Kesilapan utama dalam mendidik anak-anak

ibu baru je terbaca artikel psl ni...n nak kongsi dgn semua la psl mendidik anak2. hope jd panduan berguna utk ibu dan kwn2 yg ada anak tu...
...
ni la antara kesilapan utama ibu bapa dlm mendidik anak2...termasuk gak la ibu...
...
1. terdapat jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak2
2. ibu bapa tdk membimbing anak2 ke jln kebaikan dan patuhi syariat
3. tdk menunaikan janji yg dibuat kepada anak2
4. kurang melahirkan kasih syg kpd anak2
5. tdk menunjukkan minat kpd aktiviti anak2
6. memaki hamun sbg cara menegur kesalahan anak2
7. tdk pernah luangkan masa makan bersama anak2
8. sering mengeluh di hadapan anak2
9. komunikasi dgn anak2 tdk menggunakan bahasa yg betul
10. sentiasa tunjukkan sikap negatif di hadapan anak2
11. suka bertengkar di hadapan anak2
12. tdk berminat melayan pertanyaan @ kemusykilan anak2
13. tdk memberi perhatian kpd buah fikiran anak2
14. tdk menghargai kerja anak2 @ meraikan kejayaan anak2
15. suka berleter kpd anak2 jika mereka melakukan kesilapan
16. tdk tegas dlm mendidik anak2
17. tdk memberatkan pendidikan agama pd anak2
18. tdk berusaha pelbagaikan sajian utk anak2
19. tdk meluangkan masa bersama berborak dgn anak2
20. suka herdik, gertak atau menakutkan anak2
...
sedar x sedar, ada di antara perkara di atas yg kadang2 kita buat kt anak2 kita...so sama2 la kita muhasabah diri...

Eisya dah mula berdiri sendiri...

smlm...tgh ibu ngan ayah tgk tv sambil melayan bebudak 2 org tu bergurau...tiba2 kitorg perasan Eisya cuba bangun dgn susah payahnya sambil nak imbangkan badan...n hasilnya...berjaya gak Eisya berdiri tanpa berpaut apa2...lama gak dia buat camtu...bila jatuh je dia bangun balik...ibu xsempat lak nak snap gmbr sbb bila Eisya nmpk je ibu pegang handphone...serta-merta dia terus duduk, n xnak bangun lg...
klu nak ikutkan sebenarnya Eisya tu sepatutnya dah leh jln dah...cuma maybe dia xde keberanian lg. lg pun, badan Eisya kecik sgt...

Tuesday, November 10, 2009

Kenangan...

belek punya belek pendrive, ibu terjumpa la gmbr yg agak lama gak la...thn 2007...masa ni Adam baru 4 bulan lebih la...hmm...gmbr ni masa kt kg belah ayah...kt Senggarang nun...
ni la sepupu Adam sebelah ayah...kembar...Hannah Haziqah ngan Hannah Hazirah...dah besar pun skrg ni...dah ada adik dah...tp disebabkan ni gmbr lama, xde la gmbr adik kembar ni... yg adik lak nama Muhd Hannan Aufa...

ngan nenek...tembam lak ibu tgk Adam masa ni...beza betul dgn skrg...

actually cucu atuk ngan nenek skrg dah ada 5 la...
p/s : masa ni Adam tgh demam...tu yg bertampal kt dahi...

Jalan2 @ Tropical Village Air Hitam...

sebenarnya dah lama ibu ajak ayah g Tropical Village ni...nak gak la tgk apa yg ada kt situ...hmm...biasa je tempatnya...masa kitorg g tu...boleh dikira dgn jari bape ramai yg g situ...n xde lak ibu nmpk org m'sia kt situ...yg ada cuma yg jaga kaunter je la...yg lain tu org indo ngan myanmar je yg dtg...tiket leh tahan mahal gak...kitorg bayo RM21 utk masuk...
kitorg pun round la sekitar Tropical Village ni...naik keta je, nak jln mana larat...n mcm yg semua dah tau apa ada kt sini...benda2 ajaib kt dunia la...tp yg tu kitorg setakat pandang sekali lalu je...
banyak2 tmpt, kt area yg ada patung2 karakter ni la tmpt kitorg sibuk lepak n bergmbr...hmmm...Adam punya la suka...tau2 je dia turun keta terus posing kt patung yg ada, tp memilih gak la...mana yg dia rasa dia takut dia xnak...
banyak sebenarnya gmbr yg ada, tp banyak gmbr Adam la sbb dia g kt satu2 patung tu...cuma ibu masukkan gmbr yg ada dua2 anak manja ibu ni je...banyak sgt lak nak upload gmbr kang...

ha...kt atas ni patung shrek ye...

yg ni lak Adam takut sebenarnya, tp ayah paksa Adam amik gmbr kt situ gak. ala, kan ada adik...

ni favourite Adam...spongebob...klu ikut ayat Adam, nama dah bertukar jd "Lepo Lepen"...ntah apa2 la Adam ni...berani je ayah letak Eisya atas tu ek...

ha, gmbr yg ni yg ibu suka sgt...nmpk best je tgk kedua2 beradik ni saling pndg memandang...

adik minta apa tu kt abang?

pandang tempat lain lak bebudak ni...

ni kartun apa ek?

hmm...yg ni klu la dua2 dpt pandang kt kamera, mesti cantik ek...
kesimpulannya, aktiviti kitorg hr tu setakat bergmbr je la...dpd xde lgsg...dah bayo RM21 kena la manfaatkan kan...actually klu Tropical Village tu dibuat mcm taman tema ke...tmbh kwsn kolam utk mandi ke...mesti menarik sikit...

Monday, November 9, 2009

Hasil kerja Adam...

Adam ni ada satu hobi...n sbb hobi ni la dia suka sgt ajak ibu ayah g 'jumpa' ...hmm...'jumpa' ni sebenarnya panggilan Adam utk Giant...asal g Giant je dia mesti cr buku yg ada sticker, sbb hobi dia lekat2 sticker tu kt memana la...buku ke...peti ais ke...dinding ke...mana2 la asalkan leh lekat. kekadang kt muka n tgn adiknya pun dia lekatkan gak...Adam...Adam...

ha...ni la hasil kerja Adam baru2 ni...lekat kt dinding rumah...pandai lak tu dia lekatkan tinggi2 sikit supaya adik dia xleh capai...bukan ni je...kt peti ais ibu pun dah hampir penuh dgn sticker dia ni...smpi jd x lawa lak tgk peti ais tu...apa nak buat...

Sepupu Adam n Eisya

kt bwh ni gmbr2 sepupu Adam ngan Eisya...anak Cik Mama n pakcik Ngangah Adam Eisya la...n ni la antara cucu2 paling awal atuk dpt...

kt atas ni yg sebelah kanan kitorg panggil kakak, nama sebenar Nurin Syazwani...
sebelah kiri lak adiknya...Cik Mama panggil adik tp kitorg panggil Ijan...nama sebenar Mohd. Hifzhan...tp yg peliknya dah dapat adik pun still dipanggil 'adik' lg...hmm...dah lekat nama tu, susah nak buang habit agaknya...
ni la adik kepada 2 org kt atas tu...lahir tahun ni...lupa lak bila..huhu...yg ni lak nama Khalisah Farhana...cute sgt...

Pengumuman...

Pengumuman !
Adam baru je kehilangan ebee...ntah kt mana2 dia tercicir...ayahnya bw dia g banyak tempat, survey brg hardware...mcm biasa, ebee dibawa sekali (padahal naik motor tu...)
bila ditanya, jwpn Adam "bos amik"...hmm...bos mana tah...ada la owner atau staf mana2 kedai diorg g yg sengaja minta ebee tu, n Adam bg pnjm pas tu lupa nak minta...
adus...ni yg ibu pening..Adam dgn ebee tu dah la kamceng...mana nk cr ganti ni?
td ibu call Mak Usu suruh dia crkan tp Mak Usu kata biarkan je...Adam dah beso...tp Adam skrg tgh x sihat ni...semput dtg balik...n of course la masa ni dia manja sikit...
apa nak buat ni?

Friday, November 6, 2009

Ahli keluarga baru kami...

ni dia ahli keluarga kami yg baru...baby kepada Pak Teh ngan Mak Teh...lahir pada 5 November 2009...dgn berat 3.1kg...baby girl...actually ni baby adik ibu la...Khairollela ngan Nurul Haida...
berkampung gak kt hospital tgu baby ni kuar...
secara rasminya, mak ayah jd la atuk buat kali ke 8 (hui...dah 8 rupanya...) n coming soon tgu turn Mak Usu lak this month...

so...nama baby ni...NURUL QISTINA AMANDA BT. KHAIROLLELA...panjang gak ek...

Thursday, November 5, 2009

Kawan baik Adam...

kalau nak tau, ni la kawan baik Adam...ibu beli betul2 masa malam sambut merdeka kt Jusco...30 Ogos 2007...smpi skrg still ada lg...n asyik melekat je la Adam ngan ebee ni (ibu bg nama ebee sbb ada rupa bee...)

nak dijadikan cerita, ke mana-mana Adam mesti bw ebee dia ni...pernah sekali tertinggal kt kg nenek, terpaksa Cik Nana tolong poskan sbb Adam asyik merengek je bila ebee xde...

tgk la ni...ni masa ikut maulud nabi kt tmn perumahan tu...diusung ebee g berarak sekali...

ada je la ebee kt sebelah tu...

dgn ebee lg..adiknya pun xdihiraukan...

nak tido...of course kena peluk ebee...

masa minum susu pun peluk ebee...
tp ibu suka tgk gmbr ni...baik je dua beradik tu tido ek..

tgh tido...

ha...ni pas bangun tdo...dgn ebee lg...
hmm...camne la nak pisahkan si Adam ni ngan ebee ek...

Kat umah Auntie Fara...

Raya ke-2 kami sekeluarga (sebelah ayah) bertandang ke umah Auntie Fara...nak tetapkan tarikh kawin Auntie Fara ngan Cik Lun...banyak sebenarnya gmbr yg ibu amik kt sini tp disebabkan entry khas utk bebudak ibu masukkan gmbr yg ada kena-mengena je la...hmm Auntie Fara...sila la tgk gelagat bakal anak buah Fara ni...
si kembar (sepupu Adam) dgn Adam sekali sibuk main phone kt umah Auntie Fara...maklumla, kt umah xde ye Adam...ibu ayah guna hp...

si kembar dgn uminya...biras ibu...

Adam nak panjat sebenarnya, tp sempat pndg2...tgk kena marah ke x...

akhirnya panjat gak Adam...n salah sorg kembar pun ikut sama...

TQ Auntie Fara...

hmmm...terkejut ibu masa buka blog...dah mcm2 Auntie Fara buat rupanya...tqsm Auntie Fara...

Jalan2 @ Jusco Bukit Indah

Atas permintaan Adam yg nak sgt ke Jusco...ibu ngan ayahnya berbesar hati la bw...ingat gak dia ngan Jusco ek...padahal dah setahun tinggalkan JB...actually kitorg mmg nak g JB pun...beraya umah kwn ofis JB...so amik kesempatan la sekali...n sambil2 nak hantar Pak Tam balik ke JB...

gmbr kt atas ni Adam tgh posing sebelum nak kuar umah...dah pandai bergaya dia skrg...pakai spec hitam lg...ni dia smgt la sbb nak g tmpt yg dia nak...tp ibu x berkenan la dia pakai seluar pendek g jalan...layankan je la ayahnya...

ada gmbr Adam, mesti la ada gmbr Eisya gak...

kt Jusco Bukit Indah...

muka Adam goyang sikit...xpro la katakan...naik keretapi ala "Thomas and Friends"

disebabkan keretapi tu berpusing, angle belakang la ye...

bebudak tu suka la, tp nmpk x muka Pak Tam yg kebosanan tu?

ha...ni dalam keta ms nak balik...singgah pam tayar jap...Eisya apa lg, amik kesempatan la...

bw keta mmg x reti tp bab main wiper n lampu...terer tu...