BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Al-Fatihah utk arwah bonda tersayang...

tanggal 23 hb. februari 2011, jam 8 pagi, bonda akhirnya menghembuskan nafas terakhir...setelah koma genap 26 hari...dan setelah 2 hari berjumpa dengan doktor pakar yg menerangkan tentang keadaan bonda (otak, buah pinggang dan paru2 dah xberfungsi)


pagi tu bersiap nak g keje spt biasa, dpt sms dari adik yg menunggu bonda di hospital yg tekanan darah bonda semakin rendah dan nadi pun dah xstabil...terus bergegas ke hospital. dlm perjalanan, adik kata nadi bonda dah berhenti, tp bila smpi je wad, tgk nadi bonda masih ada, cuma kdg kala hilang, mesin xdpt nak baca. tgk nafas masih turun naik, cuma mmg bonda dah nazak masa tu. sempat la mengajar bonda mengucap 2 kalimah shahadah, walaupun mungkin bonda xdpt dengar. bila doktor sampai je utk periksa bonda, kami disuruh tunggu di luar...dan bila doktor selesai je periksa bonda, doktor maklumkan bahawa jantung bonda dah berhenti berdenyut...

terasa sedih sgt...walaupun dah puas jaga bonda sepanjang 49 hari bonda berada di hospital, tp tetap redha dgn pemergian bonda...ramai sahabat bonda yg dtg ziarah bila dpt tau bonda meninggal dunia...maklumla, bonda juga merupakan bekas jururawat di hospital, dan kebanyakannya memang mengenali bonda...

alhamdulillah, berpeluang memandikan jenazah bonda bersama2 adik dan adik ipar...cuma agak sedih tgk keadaan belakang badan bonda yg ada backsore...disebabkan terlalu lama baring @ koma...tp alhamdulillah, xsusah memandikan dan menguruskan jenazah bonda walaupun badan bonda agak berisi...

selesai memandikan jenazah bonda, urusan membawa pulang jenazah bonda ke rumah di Tmn. Berlian, dan Alhamdulillah, bila bonda sampai rupanya dah ramai yg menunggu bonda...termasuk la sahabat2 lama bonda semasa tinggal di YTS. selesai solat jenazah, jenazah bonda dibawa pula ke rumah peninggalan arwah atuk di Felda Air Hitam bg memberi peluang kpd jiran2 yg mengenali bonda di sana utk bertemu bonda buat kali terakhir...

bonda selamat disemadikan selepas waktu Zuhur. sekali lagi, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah bila tgk keadaan jenazah bonda sebelum disemadikan, nmpk berseri2 dan tenang, malah bonda kelihatan tersenyum semasa kami anak-beranak mencium dahi bonda buat kali terakhir.

al-Fatihah utk arwah bonda...Kasimah binti Shamsuddin yang dilahirkan pada 17 Jun 1951, dan meninggal dunia pada 23 Februari 2011 pada usia 59 tahun...semoga roh arwah bonda ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

1 comments:

Sidratul Muntaha said...

al fatihah tuk mak ko.
mudahan jannah untuknya..
doa dan byk2kan bersabar...