BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Al-Fatihah utk arwah bonda tersayang...

tanggal 23 hb. februari 2011, jam 8 pagi, bonda akhirnya menghembuskan nafas terakhir...setelah koma genap 26 hari...dan setelah 2 hari berjumpa dengan doktor pakar yg menerangkan tentang keadaan bonda (otak, buah pinggang dan paru2 dah xberfungsi)


pagi tu bersiap nak g keje spt biasa, dpt sms dari adik yg menunggu bonda di hospital yg tekanan darah bonda semakin rendah dan nadi pun dah xstabil...terus bergegas ke hospital. dlm perjalanan, adik kata nadi bonda dah berhenti, tp bila smpi je wad, tgk nadi bonda masih ada, cuma kdg kala hilang, mesin xdpt nak baca. tgk nafas masih turun naik, cuma mmg bonda dah nazak masa tu. sempat la mengajar bonda mengucap 2 kalimah shahadah, walaupun mungkin bonda xdpt dengar. bila doktor sampai je utk periksa bonda, kami disuruh tunggu di luar...dan bila doktor selesai je periksa bonda, doktor maklumkan bahawa jantung bonda dah berhenti berdenyut...

terasa sedih sgt...walaupun dah puas jaga bonda sepanjang 49 hari bonda berada di hospital, tp tetap redha dgn pemergian bonda...ramai sahabat bonda yg dtg ziarah bila dpt tau bonda meninggal dunia...maklumla, bonda juga merupakan bekas jururawat di hospital, dan kebanyakannya memang mengenali bonda...

alhamdulillah, berpeluang memandikan jenazah bonda bersama2 adik dan adik ipar...cuma agak sedih tgk keadaan belakang badan bonda yg ada backsore...disebabkan terlalu lama baring @ koma...tp alhamdulillah, xsusah memandikan dan menguruskan jenazah bonda walaupun badan bonda agak berisi...

selesai memandikan jenazah bonda, urusan membawa pulang jenazah bonda ke rumah di Tmn. Berlian, dan Alhamdulillah, bila bonda sampai rupanya dah ramai yg menunggu bonda...termasuk la sahabat2 lama bonda semasa tinggal di YTS. selesai solat jenazah, jenazah bonda dibawa pula ke rumah peninggalan arwah atuk di Felda Air Hitam bg memberi peluang kpd jiran2 yg mengenali bonda di sana utk bertemu bonda buat kali terakhir...

bonda selamat disemadikan selepas waktu Zuhur. sekali lagi, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah bila tgk keadaan jenazah bonda sebelum disemadikan, nmpk berseri2 dan tenang, malah bonda kelihatan tersenyum semasa kami anak-beranak mencium dahi bonda buat kali terakhir.

al-Fatihah utk arwah bonda...Kasimah binti Shamsuddin yang dilahirkan pada 17 Jun 1951, dan meninggal dunia pada 23 Februari 2011 pada usia 59 tahun...semoga roh arwah bonda ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

Friday, February 18, 2011

Sebak...sedih semua ada!!!

kenapa? ye la...tgh baring2 melayan budak2 berdua tu...si adam tiba2 tanya..."ibu, kenapa nenek xjaga adam lagi? nenek xsedar eh?" Ya Allah...terus mengalir air mata dgr soalan adam tu. serta-merta teringatkan bonda yg terlantar di hospital...dah la mlm td xdpt nak jenguk bonda sbb adam demam batuk selsema tiba2...risau gak klu bw ke hospital bertambah teruk penyakitnya sbb kita pun dah sedia maklum kan...kt hospital banyak virus2 yg boleh membahayakan budak2 yg sakit...


hmmm...nmpk je skrg ni mcm kuat dan tabah nak menghadapi kenyataan, tp dalam hati...mmg terasa sgt klu betul akan kehilangan bonda...ye la, dah hampir 30 thn bersama bonda...masuk je awal thn 2011 bonda terus sakit dan masih xde kesudahan sampai skrg samada akan sembuh atau x...lebih2 lg masih xdpt result buat brain scan bonda...

Ya Allah...tabahkan hati hamba Mu ini...

Thursday, February 17, 2011

Update terkini : keadaan bonda di Hospital Kluang

hari ni masuk hari ke 21 bonda koma...entahkan sembuh entahkan tidak...kata doktor, harapan bonda utk hidup xsampai pun 5%. kata doktor, mengikut scan yg dah dibuat ke atas otak bonda, menunjukkan banyak bintik2 putih tanda kurang oksigen, dan pergerakan mendatar tanda xde aktiviti berlaku pada otak bonda...dah mcm2 usaha kami buat, buatkan Yasin dan Doa Selamat utk bonda, solat hajat, termasukla guna segala jenis perubatan alternatif utk bonda...dan akhir sekali mlm tadi jemput imam utk bacakan yasin 3x utk bonda dan buatkan solat hajat (atas pandangan pak long)...dan kini hanya mampu berserah saja...kami semua dah redha jika Allah mahu mengambil bonda dari kami...sbb yg hidup pasti akan mati...cuma kami mahu agar bonda diambil nyawa secara semulajadi, bukan dengan cara mencabut bantuan pernafasan bonda...sbb pada kami itu sama je mcm nak membunuh...


"Ya Allah, aku mohon, permudahkanlah urusan bondaku dunia akhirat, jika Kau sayangkan bonda, ambillah nyawanya, jangan biarkan bonda menderita begitu lama, tetapi jika Kau mengkehendaki bonda hidup lebih lama, sembuhkanlah bonda seperti sediakala"

Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, February 9, 2011

Adam semput lagi...adus!!!

hmm...bingung lg pale otak ni...Adam tiba2 batuk2 n semput...aduh...dlm keadaan skrg ni Adam pulak yg semput...risau je rasa...smpikan xberani nak ke BP melawat mak sbb takut tinggalkan Adam, kena sentiasa standby dekat2 je...

klu dulu asal Adam semput je mesti pergi umah mak, pakaikan Adam neb mak...tp sejak2 mak kena jangkitan kuman kt paru2 smpi masuk spital, mmg xberani lg dah guna...sbb kemungkinan besar jangkitan tu disebabkan oleh penggunaan neb sendiri kt umah, cara penjagaan yg xbetul kot...

ni nak bw Adam ke hospital pun xberani sbb takut kena tahan wad...kena cuti lg la camtu klu betul kena tahan wad...alahai...

p/s : layan je gmbr Adam masa amik neb kt Klinik Yee last 2 years...

Tuesday, February 8, 2011

Rumah kami banjir!!!

terlambat sikit entry kali ni...tp nak cite gak la...31hb lepas, seluruh negeri Johor dilanda hujan lebat yang berterusan...kami ni klu bab hujan je mesti la risau, mana xnya, kawasan perumahan kami betul2 terletak di sebelah sungai Mengkibol...nak dijadikan cerita, masa tu kami berada di JB (mak kan kt hospital sana)...tetiba je rasa risau tgk hujan xberhenti2 kt JB, terus la call Mak Ilah (penjaga Eisya n Adam), tanya keadaan kt Kluang, n Mak Ilah suruh kami cpt2 balik kemas apa yg patut sbb paras air sungai dah tahap bahaya...katanya dah melimpah ke dapur dia dah...huu...apa lg, kelam kabut kami balik, dgn bw keta pinjam (mertua punya...viva...sbb nak jimat minyak) yg xboleh nak laju, mmg tawakal je la, harap2 sempat nak naikkan brg2 ke tempat tinggi...smbil tu smpt lg sms member ofis sebelah, tanya psl keadaan area rumah dia lak...

smpi je smpt gak la kami selamatkan segala dokumen2 penting (surat beranak, sijil2, surat hutang) masukkan dlm keta terus. pas tu buntu gak pk camne nak angkat sume brg2 yg ada...nak letak mana lg...dah la berdua je...ahh...tawakal je la, angkat mana yg patut, baju2 masuk dlm plastik terus humban atas katil double decker tu...cuma leh terlupa lak ngan baju anak2...biarkan je dlm almari diorg tu...sudahnya...abis sume kena air banjir...

tepat waktu maghrib air dah mula naik ke rumah kami...tp masa tu kami dah berada kt penempatan banjir...kt SJK (C) Ping Ming...hmm...boleh pulak lupa nak bw tikar, selimut n bantal. jenuh gak pk mana nak tdo mlm tu...baikla xde terputus jalan terus, masih boleh lalu jln lain utk ke rumah mak kt Taman Berlian...kt situ la kami tdo mlm tu...

sok pgnya, nekad nak jenguk rumah, kot2 air dah surut...Alhamdulillah, air kt rumah kami dah surut, cuma ada lg yg xbernasib baik sbb masih belum surut kt kwsn rumah mereka...paras peha gak la rupanya banjir kali ni...cuma x seteruk banjir tahun 2007 hari tu...kami sekadar tgk je la, xde nak kemas2 sgt sbb takut air naik lg...yela, paras sungai masih di tahap bahaya...

hmm...ni la antara gmbr2 kesan banjir kt rumah kami...dah kemas, cuma belum siap sepenuhnya lg sbb kesibukan kami berulang alik Kluang-JB-BP utk jenguk n jaga mak...





p/s : ada sesape nak hulur bantuan pd mangsa banjir x? hehe...

Entry khas utk bonda tercinta...Puan Kasimah bt. Shamsuddin

hari ni, 8 Februari 2011, genap 12 hari bonda tersayang terlantar koma akibat kecuaian segelintir pihak di hospital sekian2...sedih rasanya bila mengenangkan bonda yg semakin beransur pulih tiba2 terlantar koma secara tiba2...kelewatan nurse buat suction dan kurangnya pengetahuan doktor terlibat utk membetulkan semula alat yg diletak di leher bonda (lupa namanya)...menyebabkan bonda sesak nafas dan jantungnya berhenti seketika...dan menurut doktor, oksigen yg xsmpai ke otak menyebabkan otak bonda mati...Ya Allah...seksanya apa yg dialami oleh bonda...

sekarang bonda hanya bergantung hayat pd bantuan ventilator dan entah sampai bila bonda dpt bertahan...apa yg kami adik beradik dpt lakukan hanyalah bersedekah bacaan Al-Fatihah dan juga membacakan Surah Yasin buat bonda...semoga dipermudahkan Allah urusan bonda...semoga akan ada keajaiban yg berlaku pd bonda...